Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan barakah bagi umat Islam. Pelbagai aspek kemulian dan kerahmatan Ramadan yang kita ketahui. Di bulan ramadan yang mulia ini, segala amalan kebaikan yang dibuat dilipat kali gandakan lagi pahalanya. Baik dari segi pahala ibadah puasa itu sendiri, solat terawih, sadaqah jariahnya, amalan bacaan Al-Quran, silaturahim sesama ahli keluarga kelebihan berpuasa itu sendiri dan penghujungnya ada kemenangan yang diraikan dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk menjamin tumbesaran anak-anak ini tetap berkembang, berikut adalah cara-cara untuk mengekalkan khasiat yang seimbang sepanjang bulan Ramadan:
- Mengamalkan konsep suku-suku separuh (1/4 pinggan protein,1/4 piggan karbohidrat, dan 1/2 pinggan campuran sayuran dan buah-buahan) semasa waktu sahur dan berbuka puasa.
- Memastikan khasiat yang lengkap dan seimbang dengan memasukkan 2 gelas susu PediaSure setiap hari ke dalam jadual pemakanan anak anda.
- Menggalakkan pengambilan air masak yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu sahur dan mengelakkan dehidrasi.
Sini juga, kami telah menyediakan beberapa jenis resipi yang berkhasiat bagi memastikan anak anda mendapat makanan yang cukup bekalan nutrisi di sepanjang bulan Ramadan ini.
SAHUR
- Lempeng Pisang Madu / Banana Honey Pancake
- Smoothie Kurma / Red Dates Smoothie
- Vanila-Pisang Oat Rendaman Semalaman / Vanilla-Banana Overnight Oats
IFTAR
- Milkshake Coklat Pisang
- Susu Kurma dan Badam
- Puding Susu Nata De Coco
Resipi Sahur
1) Lempeng Pisang Madu

Bahan-bahan:
● Bancuhan Susu: 4 sudu PediaSure Vanila + 150ml air
● 1 cawan tepung gandum
● 1 biji telur
● 1 sudu teh tepung penaik
● 3 sudu teh gula pasir
● 1 sudu esen vanila
● Secubit garam
● 200ml air
● 2 biji pisang
● Sedikit minyak
● Madu
Cara Penyediaan:
1. Campurkan telur, susu, tepung penaik dan tepung gandum di dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Tambah esen vanila, gula pasir dan garam dan kacau sehingga sebati.
3. Panaskan kuali leper/pan. Sapukan sedikit minyak di atas kuali.
4. Masukkan ¼ cawan adunan tadi ke dalam kuali.
5. Tunggu sehingga tekstur bertukar sedikit keperang-perangan dan garing sedikit di sekelilingya (lebih kurang 2 – 4 minit).
6. Terbalikkan dan ulang cara yang sama untuk sebelah lagi satu.
7. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan.
8. Hiaskan lapisan atas dengan potongan pisang dan madu sebelum dihidangkan
2) Smoothie Kurma

Bahan-Bahan:
● Bancuhan Susu: 4 sudu PediaSure 10+ Vanila + 150ml air
● 4 biji kurma
● 1 pisang bersaiz sederhana, sebaiknya beku
● 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
● 1/2 cawan ais
● 1/8 sudu teh esen vanila
● 250ml air
Cara Penyediaan:
1. Sukat semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tekstur air menjadi buih halus dan gebu.
3. Sedia diminum.
3) Vanila-Pisang Oat Rendaman Semalaman

Bahan-bahan:
● Bancuhan Susu: 4 sudu PediaSure Vanila + 150ml air
● Biji Chia
● 1 cawan oat
● Sirap Maple
● 1 biji pisang
● 250ml air
Cara Penyediaan:
1. Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.
2. Kacau susu, oat, sirap maple, biji Chia dan pisang yang dilenyek di dalam mangkuk.
3. Tutup mangkuk dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selalaman.
4. Sedia untuk dimakan pada waktu pagi.
5. Taburkan lapisan atas pilihan sebelum dihidangkan.
Resipi Iftar:
1) Susu Kurma Dan Badam / Red dates and almond milk

Bahan-Bahan:
1) Bancuhan Susu: 8 sudu PediaSure Vanila + 320ml air
2) 1 genggam kacang badam
3) Buah kurma bilangan ganjil
Cara Penyediaan:
1. Rendam kacang badam sekurang-kurangnya selama 5 jam atau semalaman.
2. Buang biji kurma dan rendam juga.
3. Kisar badam yang direndam bersama airnya sehingga lumat.
4. Tapis dan ambil airnya sahaja.
5. Kisar semula air bersama kurma dan susu sehingga lumat dan tapis jika mahu.
6. Masukkan ke dalam botol kaca dan sejukkan. Sedia untuk diminum.
2) Milkshake Coklat Pisang (Hidang untuk 2)

Bahan-Bahan:
1) 2 pisang saiz sederhana
2) Bancuhan Susu: 6 sudu PediaSure Coklat + 240ml air
3) 1/2 cawan ais untuk mendapat tekstur yang dikehendaki
Cara Penyediaan:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Hiaskan milk shake coklat pisang dengan potongan pisang.
3. Sedia diminum.
3) Puding Susu Nata De Coco

Bahan-Bahan:
1) Bancuhan Susu: 15 sudu PediaSure Vanila + 570ml air
2) 1 pek serbuk agar-agar (putih)
3) 1 tin susu cair
4) 4 cawan air
5) 2 sudu besar tepung kastad
6) Sedikit esen vanila
7) Sedikit garam
8) Nata De Coco (perisa oren)
Cara Penyediaan:
1. Letakkan Nata De Coco ke dalam acuan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga larut semua bahan.
3. Kemudian, masakkan adunan puding tadi sehingga pekat.
4. Masukkan adunan puding ke dalam acuan dengan Nata De Coco tadi.
5. Sejukkan.

